Sebelum ni, saya memang tak ambil tahu mengenai Omega 6 dan Omega 3. Kerana bagi saya kedua-dua asid lemak ini penting untuk badan kita dan mesti ambil sebab badan kita tak boleh menghasilkannya. Bagi saya, asalkan ia bukan asid lemak trans, saya akan makan tanpa berfikir panjang.
Baru-baru ini seorang professor di tempat saya bekerja (UKM) telah post satu artikel mengenai Omega 6 ni di FB, dan barulah saya faham peranan Omega 6 dan Omega 3. Artikel tersebut mengenai sakit jantung. http://www.tunedbody.com/heart-surgeon-declares-really-causes-heart-illness/
Omega 6 dan Omega 3 mempunyai fungsi yang berlainan. Omega 6 adalah pro-inflammatory dan Omega 3 adalah anti-inflammatory. Inflammation jika di terjemahkan ke dalam bahasa melayu bermaksud radang. Sebenarnya inflammation ini penting untuk melawan jangkitan kuman tetapi ia akan mengakibatkan kerosakan kecil pada badan kita juga.
Jika kita mengambil Omega 6 dengan kadar yang terlalu banyak ia akan mengakibatkan banyak kerosakan pada badan kita. Kerosakan ini akan membawa kepada penyakit yang serius termasuk sakit jantung, sindrom metabolisma, diabetes, artritis, Alzheimer's dan pelbagai jenis barah.
Oleh itu, kita harus mengambil diet yang mempunyai kandungan Omega 3 lebih banyak daripada kandungan Omega 6 nya untuk mengurangkan kerosakan yang akan berlaku dalam badan kita.
Kandungan Omega dalam minyak masak
Daripada carta di atas, kita boleh lihat minyak makan apa yang paling bagus dan kita harus berbangga dengan minyak kelapa kita terutama minyak kelapa dara juga minyak kelapa sawit kita yang ternyata baik untuk kesihatan kerana ianya kurang kandungan Omega 6.
Manakala minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak jagung dan minyak biji kapas seharusnya dielakkan.
Yang pastinya, makanan-makanan barat mengandungi terlalu banyak Omega 6 daripada Omega 3. Kerana, makanan barat banyak diproses menggunakan minyak kacang soya. Jangan tertipu dengan label minyak sayuran pada bungkusan makanan. Kita kena baca dengan teliti minyak daripada tumbuhan apa.
Sumber Omega 3
Sebenarnya Omega 3 banyak terdapat dalam haiwan selain daripada sumber EPA dan DHA. Ini bermaksud, lemak daripada haiwan lebih baik daripada sesetengah tumbuhan. Membuatkan saya terfikir mengenai susu soya yang diberi kepada bayi, lebih baik memberi susu kambing kepada bayi tersebut jika dia alah pada susu lembu.
Antara senarai makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah seperti berikut:
Lembu, kambing, biri-biri, kerbau dan haiwan yang diternak di ladang diberi makan rumput. Tinggi kandungan Omega 3 baik daripada daging dan susunya (ambil kira juga makanan haiwan tersebut).
Ayam (Ayam hutan adalah sumber terbaik berbanding ayam yang dikurung, kerana ayam yang di bela selalunya diberi makan jagung yang kurang kandungan Omega 3).
Ikan (pelbagai jenis ikan dan makanan laut lain).
Telur (juga bergantung pada diet ayam yang menghasilkan telur tersebut, telur ayam kampung akan berbeza daripada telur biasa).
Minyak zaitun.
Walnut.
Biji Flax.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengambil Omega 3 dengan keterlaluan. Kerana ia adalah lemak yang mesti kita sederhanakan pengambilannya.
Rujukan:
http://authoritynutrition.com/optimize-omega-6-omega-3-ratio/
http://health.howstuffworks.com/wellness/food-nutrition/healthy-eating/5-foods-high-in-omega-31.htm