Monday, April 29, 2013

Durian Belanda Anti-Kanser

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata." Al-Nahl, ayat 114.

Seperti  yang kita sering lihat, ramai di antara saudara-mara atau kawan-kawan kita yang terpaksa menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi  akibat kanser. Walaupun rawatan ini terbukti berkesan, tetapi pesakit terpaksa menerima kesan sampingan yang amat teruk seperti anemia, loya dan muntah-muntah, pening-pening, kelesuan yang keterlaluan, keguguran rambut, cirit-birit, sembelit dan jangkitan. Sesetengahnya, walaupun rawatan telah diberikan dengan ubat atau dadah yang paling kuat, namun mereka pergi jua meninggalkan kita. Adakalanya, mati lebih cepat daripada jika mereka tidak menerima apa-apa rawatan sebegini.

Kajian untuk menangani kanser banyak dilakukan. Salah satu penemuan yang telah terbukti berkesan adalah khasiat buah durian belanda boleh menghapuskan sel-sel kanser tanpa mematikan sel-sel sihat yang lain. Malah, dapat mengelakkan kesan sampingan yang amat memudaratkan.


Apa itu buah durian belanda?


Pokok ini tumbuh di kawasan hujan tropika seperti Malaysia. Di sini, buah ini banyak didapati di pasaraya mahupun di pasar borong. Malah kita boleh dapatinya dengan senang di kedai-kedai makan yang meyediakan jus buah. Rasanya yang sedap, masam-masam manis dan isinya mempunyai tekstur "bertali" membuatkan ianya unik daripada buah-buahan lain.

Sumber: http://transannie.net/?s=les+dragons+de+ko+ko+wangi


Bagaimana buah ini dapat merawat kanser?

Kajian mendapati terdapat bahan aktif yang dikenali sebagai annona muricata atau graviola di dalam buah ini yang dapat menghapuskan sel-sel kanser dengan efektif. Menurut Memorial Sloan-Kettering Cancer Center, graviola bukan sahaja anti kanser, malah ia juga berfungsi sebagai anti parasit, anti mikrob, anti radang, anti rematik dan mengandungi bahan sitotoksik[1].


Bagaiman cara rawatan?

Ambil 10 helai daun yang tua. Rebus menggunakan 3 cawan air sehingga tinggal 1 cawan air sahaja. Minum 2 kali sehari selama 2 minggu[2].

Selain itu, amalkan juga ayat-ayat penyembuhan daripada Al-Quran. Antara ayat al-Quran yang boleh diamalkan adalah surah Al-Mukminun ayat 91 hingga ayat 100 dan surah Al-Haj ayat 31 hingga 55[3].


"Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman" Al-Israa, ayat 82.



Sumber Rujukan

[1] http://www.mskcc.org/cancer-care/herb/graviola

[2] http://fruitsbenefitshealth.blogspot.com/2012/11/various-benefits-of-soursop-fruit.html

[3] http://www.alhidayah-medic.com/mengenai-kami/wahyu-al-quran


No comments:

Post a Comment