"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya."
Jika sebelum ini kita ada membincangkan mengenai gula tambahan, sekarang mari kita lihat fakta sejauh mana baiknya madu daripada gula.
Apa itu madu
Madu mengandungi fruktosa, glukosa serta sedikit sukrosa, maltosa, vitamin, mineral dan sangat sedikit protin. Indeks glisemik madu adalah rendah berbanding gula. Oleh itu, madu tidak menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat. Ini kerana ia mempunyai nutrien berbanding gula yang tidak mempunyai apa-apa nutrien.
Khasiat madu
Madu juga bersifat anti-virus, anti-bakteria, anti-fungi, antioksida yang kuat, meningkatkan imuniti, mengurangkan alahan, menyembuhkan luka, menyembuhkan ulser, menghilangkan kesakitan yang ringan, menyembuhkan asma atau lelah, menstabilkan tekanan darah dan menyeimbangkan paras gula dalam darah. Selain itu, madu juga boleh menghilangkan sakit tekak dan batuk jika dicampurkan dengan lemon.
Penghasilan madu oleh lebah adalah berbeza mengikut jenis nektar bunga atau debunga yang dikutip oleh kelompoknya. Maka, khasiat, warna, rasa dan aroma madu adalah sedikit berbeza antara satu sama lain.
Amalan pengambilan madu
Dengan ini, kita boleh gantikan sebarang bahan pemanis terutama gula dengan madu yang mempunyai banyak khasiatnya.
Pengambilan madu boleh diamalkan dengan kuantiti yang sedikit tetapi setiap hari jika hendak melihat sebarang perubahan. Dalam hal ini, konsep istiqamah dan juga mencegah adalah lebih baik dari mengubati hendaklah dipraktikkan.
Nota:
Madu yang dibincangkan disini adalah madu asli. Kebanyakan madu yang ada dipasaran telah diproses dan telah dicampurkan dengan gula.
Sumber rujukan:
http://keystohealing.net/2009/11/16/sugar-and-raw-honey-a-comparison/
http://www.naturalnews.com/035493_raw_honey_health_benefits_antibacterial.html

No comments:
Post a Comment