Monday, May 13, 2013

Peria....berita baik untuk pengidap diabetes type II

Begitu hebat ciptaan Allah, peria yang pahit adalah ubat kepada pengidap kencing manis.


Sumber gambar:

Buah ini banyak terdapat di kawasan Asean dan Amerika Selatan. Bijinya bewarna putih akan bertukar merah apabila ia telah masak. Rasanya yang pahit membuatkan ia tidak digemari oleh kebanyakan orang.

Kandungan nutrien dalam peria
Peria adalah buah yang bernutrien tinggi dan rendah kalori. Ia mempunyai sumber yang baik untuk vitamin B1, B2 dan B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, mangan dan tinggi serat. Kaya zat besi, mengandungi 2 kali ganda tinggi kalsium daripada bayam dan 2 kali ganda tinggi potasium daripada pisang.

Kebaikan kepada pesakit diabetes

Komponen yang membuatkan ia begitu istimewa bagi pesakit diabetes type II adalah charantin. Komponen ini boleh menurunkan paras gula dalam darah. Selain itu, ia juga terdapat kompaun seakan insulin iaitu polipeptida P yang juga disarankan sebagai pengganti insulin kepada sebahagian pengidap diabetes.

Biasanya pesakit diabetes akan melakukan senaman untuk mengaktifkan AMPK. Didapati, 4 kompaun dalam peria akan memberi kesan seakan-akan senaman seterusnya mengaktifkan AMPK pada pesakit diabetes type II.

Bagaimana pengambilannya bagi pengidap diabetes
Peria haruslah dimakan mentah ataupun dibuat jus sebiji sehari. Amalkan pengambilan setiap hari 

Khasiat-khasiat lain
Peria juga mampu membersihkan toksik dalam darah seterusnya menyihatkan hati dan buah pinggang.

Buah peria juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan bagi wanita yang mahu menimang cahaya mata. Namun, bagi wanita yang telah hamil, haruslah dikurangkan pengambilannya untuk mengelakkan keguguran dan kelahiran pra-matang.


Sumber rujukan:
http://juicing-for-health.com/basic-nutrition/healing-vegetables/health-benefits-of-bitter-gourd.html
http://www.sciencedaily.com/releases/2008/03/080327091255.htm
http://www.boldsky.com/health/disorders-cure/2011/bitter-gourd-diabetes-control-060511-aid0083.html
http://www.myfitnesspal.com/topics/show/104449-bitter-melon-fertility-healthiest-foods-for-pregnancy

No comments:

Post a Comment