Thursday, January 23, 2014

Kena ambil tahu apa itu Omega 6 dan Omega 3


Sebelum ni, saya memang tak ambil tahu mengenai Omega 6 dan Omega 3. Kerana bagi saya kedua-dua asid lemak ini penting untuk badan kita dan mesti ambil sebab badan kita tak boleh menghasilkannya. Bagi saya, asalkan ia bukan asid lemak trans, saya akan makan tanpa berfikir panjang.

Baru-baru ini seorang professor di tempat saya bekerja (UKM) telah post satu artikel mengenai Omega 6 ni di FB, dan barulah saya faham peranan Omega 6 dan Omega 3. Artikel tersebut mengenai sakit jantung. http://www.tunedbody.com/heart-surgeon-declares-really-causes-heart-illness/

Omega 6 dan Omega 3 mempunyai fungsi yang berlainan. Omega 6 adalah pro-inflammatory dan Omega 3 adalah anti-inflammatory. Inflammation jika di terjemahkan ke dalam bahasa melayu bermaksud radang. Sebenarnya inflammation ini penting untuk melawan jangkitan kuman tetapi ia akan mengakibatkan kerosakan kecil pada badan kita juga.

Jika kita mengambil Omega 6 dengan kadar yang terlalu banyak ia akan mengakibatkan banyak kerosakan pada badan kita. Kerosakan ini akan membawa kepada penyakit yang serius termasuk sakit jantung, sindrom metabolisma, diabetes, artritis, Alzheimer's dan pelbagai jenis barah.

Oleh itu, kita harus mengambil diet yang mempunyai kandungan Omega 3 lebih banyak daripada kandungan Omega 6 nya untuk mengurangkan kerosakan yang akan berlaku dalam badan kita.

Kandungan Omega dalam minyak masak

Fatty Acid Breakdown of Different Fats

Daripada carta di atas, kita boleh lihat minyak makan apa yang paling bagus dan kita harus berbangga dengan minyak kelapa kita terutama minyak kelapa dara juga minyak kelapa sawit kita yang ternyata baik untuk kesihatan kerana ianya kurang kandungan Omega 6.

Manakala minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak jagung dan minyak biji kapas seharusnya dielakkan.

Yang pastinya, makanan-makanan barat mengandungi terlalu banyak Omega 6 daripada Omega 3. Kerana, makanan barat banyak diproses menggunakan minyak kacang soya. Jangan tertipu dengan label minyak sayuran pada bungkusan makanan. Kita kena baca dengan teliti minyak daripada tumbuhan apa.

Sumber Omega 3


Sebenarnya Omega 3 banyak terdapat dalam haiwan selain daripada sumber EPA dan DHA. Ini bermaksud, lemak daripada haiwan lebih baik daripada sesetengah tumbuhan. Membuatkan saya terfikir mengenai susu soya yang diberi kepada bayi, lebih baik memberi susu kambing kepada bayi tersebut jika dia alah pada susu lembu.

Antara senarai makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah seperti berikut:

Lembu, kambing, biri-biri, kerbau dan haiwan yang diternak di ladang diberi makan rumput. Tinggi kandungan Omega 3 baik daripada daging dan susunya (ambil kira juga makanan haiwan tersebut).

Ayam (Ayam hutan adalah sumber terbaik berbanding ayam yang dikurung, kerana ayam yang di bela selalunya diberi  makan jagung yang kurang kandungan Omega 3).
Ikan (pelbagai jenis ikan dan makanan laut lain).
Telur (juga bergantung pada diet ayam yang menghasilkan telur tersebut, telur ayam kampung akan berbeza daripada telur biasa).
Minyak zaitun.
Walnut.
Biji Flax.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengambil Omega 3 dengan keterlaluan. Kerana ia adalah lemak yang mesti kita sederhanakan pengambilannya.

Rujukan:
http://authoritynutrition.com/optimize-omega-6-omega-3-ratio/
http://health.howstuffworks.com/wellness/food-nutrition/healthy-eating/5-foods-high-in-omega-31.htm

Friday, May 31, 2013

Lemak trans a.k.a hydrogenated vegetables oil....



Apa dia lemak dan minyak?


Lemak dan minyak adalah terdiri daripada asid lemak dan tergolong dalam keluarga lipid. Lemak biasanya berbentuk pepejal dalam suhu bilik seperti lemak haiwan, majerin, mentega, minyak sapi dan lepa susu. Manakala minyak pula berbentuk cecair dalam keadaan biasa seperti minyak sayuran dan kekacang.

Badan kita memerlukan lemak kerana sebahagian badan kita terdiri daripada lemak seperti otak dan hati. Lemak amat penting untuk menjaga organ dalaman, membentuk sel saraf, hormon dan sebagainya.



Apa dia lemak trans?

Monday, May 13, 2013

Peria....berita baik untuk pengidap diabetes type II

Begitu hebat ciptaan Allah, peria yang pahit adalah ubat kepada pengidap kencing manis.


Sumber gambar:

Buah ini banyak terdapat di kawasan Asean dan Amerika Selatan. Bijinya bewarna putih akan bertukar merah apabila ia telah masak. Rasanya yang pahit membuatkan ia tidak digemari oleh kebanyakan orang.

Kandungan nutrien dalam peria
Peria adalah buah yang bernutrien tinggi dan rendah kalori. Ia mempunyai sumber yang baik untuk vitamin B1, B2 dan B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, mangan dan tinggi serat. Kaya zat besi, mengandungi 2 kali ganda tinggi kalsium daripada bayam dan 2 kali ganda tinggi potasium daripada pisang.

Kebaikan kepada pesakit diabetes

Saturday, May 11, 2013

Pisang...khasiat yang anda perlu tahu.

 Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:


Wednesday, May 8, 2013

Madu vs gula


"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya." 
An-Nahl ayat 68-69.



Sumber: www.portalkesehatan.com

Jika sebelum ini kita ada membincangkan mengenai gula tambahan, sekarang mari kita lihat fakta sejauh mana baiknya madu daripada gula.


Apa itu madu

Madu mengandungi fruktosa, glukosa serta sedikit sukrosa, maltosa, vitamin, mineral dan sangat sedikit protin. Indeks glisemik madu adalah rendah berbanding gula. Oleh itu, madu tidak menaikkan paras gula dalam darah dengan cepat. Ini kerana ia mempunyai nutrien berbanding gula yang tidak mempunyai apa-apa nutrien.


Khasiat madu

Tuesday, April 30, 2013

Gula tambahan...sedap atau sakit?



Sumber thinkstock


Apa itu gula?

Gula diperlukan oleh tubuh untuk memberi kalori atau tenaga serta tiada kandungan nutrien lain. Otak kita memerlukan gula untuk berfungsi selama 24 jam. Tanpa gula kita boleh pitam.

Gula adalah karbohidrat yang ringkas (tidak termasuk serat) yang terdapat dalam susu, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan ubi-ubian. Iaitu, glukosa, fruktosa, maltosa dan laktosa. Ini dikenali sebagai gula semulajadi.


Apa itu gula tambahan?

Monday, April 29, 2013

Durian Belanda Anti-Kanser

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata." Al-Nahl, ayat 114.

Seperti  yang kita sering lihat, ramai di antara saudara-mara atau kawan-kawan kita yang terpaksa menerima rawatan kemoterapi dan radioterapi  akibat kanser. Walaupun rawatan ini terbukti berkesan, tetapi pesakit terpaksa menerima kesan sampingan yang amat teruk seperti anemia, loya dan muntah-muntah, pening-pening, kelesuan yang keterlaluan, keguguran rambut, cirit-birit, sembelit dan jangkitan. Sesetengahnya, walaupun rawatan telah diberikan dengan ubat atau dadah yang paling kuat, namun mereka pergi jua meninggalkan kita. Adakalanya, mati lebih cepat daripada jika mereka tidak menerima apa-apa rawatan sebegini.

Kajian untuk menangani kanser banyak dilakukan. Salah satu penemuan yang telah terbukti berkesan adalah khasiat buah durian belanda boleh menghapuskan sel-sel kanser tanpa mematikan sel-sel sihat yang lain. Malah, dapat mengelakkan kesan sampingan yang amat memudaratkan.


Apa itu buah durian belanda?